1.Ibadah adalah satu pertalian hubungan kita dgn Allah Taala
2.Ibadah memberi pengertian ketaatan dan cinta kepada Allah tunduk & patuh KpdNya
3.konsep atau asas ibadah ialah mudah dan tiada keberatan-Yusof Al Qaradhawi di dlm kitabnya 'Ibadah Dalam Islam'
Allah Taala berfirman di akhir ayat bersuci dlm Surah Al Maidah,ayat 6
terjemahan;Tidaklah Allah ingin menjadikan sebarang kesusahan ke atas kamu.
Pada penghujung ayat puasa,Allah berfirman
terjemahan;Allah inginkan kemudahan kpd kamu dan tidak menginginkan kpd kamu.(Al Baqarah:185)
Al Quran dan Hadis-hadis Nabi SAW menunjukkan kpd kita bahawa syariahIslam terbina di atas perkara yg mudah khususnya Ibadah.
Selasa, 18 Mei 2010
KONSEP IBADAH DLM ISLAM
Insan cemerlang insan islam
islam telah mengajar kita sejak disaat kelahiran lg telah diperdengarkan ditelinga lafaz"marilah sembahyang,marilah menuju kejayaan"(hai ya ala solah,hai ya alal falah).islam mengajak kita berusaha ke arah kejayaan dan kecemerlangan,manusia adlh sebaik-baik makhluk yg dijadikan oleh Allah dlm konteks khaira ummah jika dibandingkan dgn makhluk lain dan dipertanggungjawabkan utk mengurus dunia ini,memimpin kehidupan lain,flora dan faunanya kpd yg baik.islam itu sendiri adalah cemerlang.insan islam adalah insan cemerlang.
Selasa, 11 Mei 2010
Ahad, 9 Mei 2010
Sabtu, 8 Mei 2010
Jumaat, 7 Mei 2010
KEWAJIPAN SEORANG MUSLIM
Tiap-tiap orang islam lelaki atau perempuan wajib menuntut ilmu apabila sudah sampai had taklifnya,terutama sekali mempelajari perkara-perkara yg menjadi fardhu ain,spt Tauhid,Fekah,Tasauf dan lain-lainnya.
Firman Allah (surah an-Nahl ayat 43)
maksudnya;Hendaklah kamu bertanya(belajar)kpd org yg tahu dan pandai jika kamu tidak mengetahuinya.
Sabda Rasullullah S.a.w
maksudnya:mencari ilmu itu wajib ke atas tiap-tiap org islam.
seseorang yg bnyk mengerjakan ibadat kpd Allah tetapi tidak betul ibadatnya kerana ia tidak mengetahui peraturannya,maka ibadatnya itu menjadi sia-sia,malah ia akan mendapat kemurkaan drpd Allah,begitu juga dgn org yg tahu tetapi tidak beramal dengan ilmunya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.
Fikirkan lah wahai temanku..
Rabu, 7 April 2010
SYEIKH ABDULLAH DAGHISTANI
Hadhrat Syeikh ‘Abdullah Daghistani Rahmatullah ‘alaih pernah mengatakan bahawa, “Kamu harus sentiasa memerhatikan tiga perkara ini di dalam kepala yakni tiga peraturan pada setiap masa untuk maju di dalam Tariqat iaitu:
1. Jika aku memberi kamu penyodok pecah dan menyuruh kamu menggali sehingga ke perut bumi untuk mencari permata, hendaklah kau menggalinya tanpa bertanya kenapa dan memberi sebarang alasan. Teruskan saja menggali.
2. Jika aku memberi kamu baldi dan berkata kosongkan lautan itu, jangan kau tanya sama ada ianya akan habis atau mempertikaikan yang ianya mustahil untuk mengosongkan lautan hanya dengan baldi. Hendaklah kau lakukan saja kerana jika datang dalam fikiranmu yang pekerjaan itu mustahil atau tidak berfaedah maka kau gagal dalam ujian dan perlu memulainya semula.
3. Jika aku memberitahu pada semut yang rezekinya ada di Timur dan ada di Barat, dia akan terus saja berjalan. Murid perlu bersikap seperti semut, jangan kau gunakan akalmu untuk memahami bagaimana kau akan memperolehi rezekimu. Teruskan berjalan, jika kau mati dalam berusaha, kau mati dalam penyerahan.”
